Tuesday, November 25, 2008

25.11.2008 pagi ni PPDKBB buat ujian SMKA dan KAA di SK Tmn Jelutong dan SK Dato Hj Zainuddin serdang. Calon yang hadir begitu mengalakan. di SK Tmn Jelutong tempat parking full dan para waris berkesempatan dpt mendengar taklimat dari Pn.Yusnidah Bt Mahat Ketua Unit KAA bahagian pendidikan Islam KPM mengenai Hala Tuju SMKA dan KAA.Tahniah dan terima kasih tak terhingga kpd Pn Yusnida atas taklimat yang begitu mantap,pihak waris amat berpuas hati atas taklimat tersebut.

Tuesday, November 18, 2008

Taklimat Oleh Tuan Pengarah

19 November- Pagi ini saya bersama Us Jamal Abd.Nasir ke IPDA bagi mendengar amanat khas oleh Tuan Hj Shahidan Abd.Rahman(Pengarah Pelajaran Negeri Kedah) dan Timbalannya, Tuan Hj. Abdullah b. Saad. Banyak perkara yang telah kami perolehi daripada taklimat khas tersebut. Dalam perjalanan balik ke Kulim, saya dan Us Jamal sempat menjamu selera dengan Us Rushdan di Pak Tat Ikan Bakar.

Bertemu Kembali!

Assalamualaikum! Alhamdulillah, hari ini 19 November 2008 saya kembali ke dunia blog selepas menyepi beberapa bulan. Saya memohon kerjasama tuan-tuan, saudara-saudara sekelian yang mempunyai pengalaman dalam dunia blog ini untuk berkongsi pengalaman tersebut saya. Insya Allah perkongsian ilmu ini pasti akan memberi manfaat kepada kita semua.

Daripada : Abd.Mutalib b. Saad

Sunday, August 10, 2008

Anugerah Kecemerlangan SMKA

Selamat datang kepada Kontijen AKSMKA ke Negeri Kedah. Semoga kehadiran anda membuat anda bahagian di Negeri Kedah.

Sunday, July 6, 2008

AHLAN WA SAHLAN

Assalamualaikum,

Kepada para pelayar internet... sila layari BLOG MUTALIB PPDKBB. Semoga mendapat manfaat dengan kewujudan blog ini.

Mutalib