Thursday, January 29, 2009

Mesyuarat Ketua Panitia Pend.Islam Daerah Kulim Bandar Baharu 2009

Setiap awal tahun Unit Pend.Islam PPDKBB akan mengadakan mesyuarat ketua panitia bagi memastikan kekuatan dan kelemahan Panitia di semua sekolah di KBB dapat diatasi dan berjalan dengan lebih baik dari tahun sebelumnya.Pada 19.01.2009 Mesyuarat Ketua panitia Sekolah Rendah di PKG Padang Serai dan 22.01.2009 Mesyuarat Ketua panitia Sekolah Menengah di SMK Taman Jelutong.Sesungguh komitmen gpi rendah dan menengah di KBB ni saya amat sanjung tinggi...sebenarnya GPI adalah guru contoh kepada guru-guru yang lain...bukanlah sesuatu yang mudah untuk mengajar manusia menjadi manusia yang baik...dengan kesungguhan dan keikhlasan kerana Allah..maka anda GPI akan dihormati dan disanjung tinggi oleh semua pihak.

Monday, January 19, 2009

Mesyuarat Ketua panitia pendidikan islam sekolah Rendah

19.01.2009 Mensyuarat Panitia pendidikan Islam Sekolah-sekolah Kebangsaan Daerah Kulim bandar baharu kali pertama tahun 2009 di PKG Padang Serai.Banyak hal telah disampaikan dan dibincangkan dengan semua ketua panitia pendidikan islam dari semua sekolah di DKBB. GPI KBB ni memang 'A' la....tak adalah sangat yang mempunyai masalah...mereka telah melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai pendidik yang dedikasi dan beramanah serta cergas dalam aktiviti pendidikan islam...Tahniah dan Terima kasih pada anda GPI KBB.

22.01.2009 Mesyuarat Ketua panitia Pendidikan islam Sekolah Sekolah Menengah DKBB akan diadakan di SMK Taman jelutong jam 2.30 Ptg dan pihak PPDKBB telah menjemput Tuan Hj Mohd Rusdan Bin Azizan. Pada paginya saya akan mengiringi tuan hj untuk memantau sekolah-sekolah yang difikirkan perlu diberikan perhatian untuk meningkatkan prestasi. Semoga Tuan Hj dapat hadir.

Monday, January 12, 2009

MENYAMBUT TAHUN BARU 2009 MASIHI 1430 HIJRAH

Tahun ini merupakan tahun ke 20 dalam dunia pendidikan..selama 11 tahun menjadi guru pendidikan Islam dan 9 tahun bertugas di PPDKBB..banyak pengalaman yang telah dirasai sepanjang dalam perkhidmatan.Apapun tahun 2008 merupakan tahun yang "istimewa dan rahmat". Pada tahun 2009/1430 ini saya berazam untuk berusaha dengan "TERbaik" dari tahun2 yang baik sebelum ini. Doakan saya wahai para sahabat2ku semoga diri ini akan sentiasa sihat dan bahagia selalu dan dapat menjalankan tugas yang diamanahkan. Saya juga mendoakan dan berharap sahabat2 saya walau dimana berada akan sentiasa disayangi dan dirahmati Allah SWT dalam suasana yang sihat dan berjaya...amin.